Sabtu, 28 Mei 2016

JOM GENG!LEPAK SANTAI

29 Mei 2016

Jam dah menunjukkan pukul 7:45 pagi .. Hati masih waswas nak pergi atau x program hari .. pening memilih tempat mana yang harus pergi .. sebelom ni tak sempat nak fikir pun .. nak baca wassap group batch sekolah pun xsempat .. masa terlalu mendesak , ke hulu ke hilir bagaikan pak menteri .. sbenarnya hari ni ada dua tempat yang aku perlu pergi .. dua-dua penting .. terpaksa memilih salah satu .. last sekali 7:55 baru buat keputusan untuk ke program JOM GENG!LEPAK SANTAI .. semua persiapan buat macam duk dalam kem dulu .. 10 minit dah siap .. semua barang-barang yang nak dibawa di isi dalam beg secara cincai buncai .. 8:05 minit bagitahu mak&ayah nak pergi program kat sekayu .. kena tahan dulu kat ayah , dia soal selidik sikit-sikit pasal program pkul 8:20 baro boleh bergerak .. sepantas buroq aku drive ,  140-160 km/jam .. ni pun tekan pedal minyak , meter laju dah tak nak naik .. andai kata masih naik sampai 200 , tetap aku tekan .. dalam benak tak lain tak bukan asyik duk fikir "habis rosak majlis orang hari ni" .. alhamdulillah pkul 9:00 sampai dengan selamat .. lain kali xboleh ulang dah cara gini boleh membahayakan nyawa .. sesampainya aku disana terlihatlah dua orang pok ya ngan syahmi dan dua orang muslimat lagi tengah punggah barang .. dari jauh hati dah seronok gila-gila sebab boleh jumpa kawan satu sekolah walaupun persahabatan kami di sekolah hanya bertempohkan dua tahun setengah .. sekali lagi datang dalam hati "alamak,mampos aku ni mesti dah terlambat gila ni" .. salam-salam , tolong punggah barang dan angkat barang pergi ke tapak perkhemahan .. mata melilau mencari , mana orang lagi ni , rasanya aku yang paling lewat .. tanya pokya , mana orang lain lagi .. katanya masih dalam perjalanan .. hampeeeeh ,,,,,, choi ,,,,, ingatkan aku yang paling lambat , rupanya aku yang paling awal .. hahahaha .. masih seperti dulu lagi rupanya kawan-kawan aku .. masih mengamalkan 'janji arab' huhuhu .. tunggu punya tunggu sampailah pukul 11:00 adalah dua tiga orang yang datang .. zawawi , aiman , hakim dan beberapa orang muslimat .. kerana terlalu lama menunggu kami satap dulu .. makanan pun dah ada depan mata , xelok dibiarkan lama2 .. makan-makan , berbual sampai pukul 12:00 baru ade lagi sederet yang datang .. adik imie, hamid , padil , pidin dan danial  .. majlis kami dibuka dengan yahya sebagai pengrusinya .. diikuti dengan ucapan ketua BPA yang baru , syahmi .. sekarang ni boleh dikatakan semua dah datang walaupun masih ada dua tiga orang yang xsampai kerana menguruskan makanan .. dalam diam , sekali lagi mata aku masih melilau mencari seseorang .. huhuhuhu .. si dia xdatang .. aku tahu dia xkan datang tapi masih melilau mencari .. masih berharap ?? x .. sekadar menjenguk ufuk yang jauh .. seterusnya kami mengadakan sesi ta'aruf semula atas cadangan ustzah hajar .. hahaha biasalah semua dah besar mesti ada part ta'aruf ni .. just memberi tahu nama , masih belajar atau bekerja , umur dan tempat tinggal sahaja .. ini bukan sesi baitul muslim sesi ta'aruf mendirikan rumah tangga ye .. selesai berta'aruf , kami disajikan pula dengan kata-kata nasihat daripada saudara hakim .. di dalam ucapan itu , dititik beratkan jalinan ukhuwwah diantara sahabat-sahabat .. biar berpimpingan tangan menuju syurga Allah .. wakil akhawat juga berucap .. entah lah apa yang dia cakap aku xdengar sangat tadi .. mengelamun .. pok ya juga tak lepas peluang , sesi bercerita .. hahahha mesti ada je cerita dia .. takpe,boleh ambil i'tibar di atas pengalaman orang .. tak rugi mendengar .. cakap punya cakap jam pun dah menunjukkan pukul 13:00 .. semua dah panas punggu ng , xselesa duduk sebab air terjun menanti .. xsabar nak terjun kat air terjun .. ucapan pun selesai ..  pastu datang lah dua tiga orang lagi ajk persegaran .. hazwan, muin dan hafiz .. apelah lambat betol sampai .. hehehehe ..dalam pukul 13:25 kami bergerak 'mendaki' tangga .. dalam 10 mimit sampai kat tempat terbaik untuk terjun .. tempat cun melecun .. dalam .. sejuuuk .. aku hajatnya nak terjun jugak tapi seluar mandi tak bawak .. hanya berkain pelekat .. xjadi terjun .. mengelak daripada berlakunya fitnah .. hehehehehe .. pukul 16:00 kami naik semula .. hampir tiga jam berendam .. macam badak berendam sudaa .. setelah selesai mandi-manda kami berfoto-foto .. lebih kurang pukul 17:00 dah ada orang bersurai .. diorang balik cepat-cepat sebab nak main badminton .. apalaaa kita baru nak sembang-sembang , lepas rindu tapi diorang  da balik da .. lepak , sembang , lepak , sembang , diorang nak mandi kali kedua pulak .. banyak sangat mandi nya .. terpengaruh dengan muslimat r ni .. diorang xpela baru nak main air .. masa kitorang mandi tadi muslimat ada usrah .. bagus .. sempat lagi nak berusrah .. boleh wak bini .. kalau aku , aku syorkan kawin ngn budak-budak muslimat batch aku .. nampak jurus belaka .. so xyah tanya aku lain kali ok ke x kawin ngan batch sediri .. hahaha .. taip menaip jom kita pergi ke pengakhiran program hari ni .. pkul 18:00 kami semua cool down, slow down n not sindromdown bersiap dan berkemas tempat program .. tiba masa untuk balik .. badan letih .. aku pun dah letih menaip ..
apapun hari ni rasa masih xlengkap lagi sebab masih ramai xdatang .. aku memang terus terang cakap , aku xsempat nak gi jalan-jalan lagi rumah kawan-kawan ..masih sibuk mengalahkan pak menteri .. cuma aku nak cakap , terima ksih sudi berjumpa hari ni, yang xsempat jumpa tu kita jumpa lain kali .. bila tu wallahu a'lam , xleh nak janji .. terima ksih sebab sudi bersahabat dengan aku sampai sekarang walaupun aku ni banyak yang buruk dari yang baik .. apapun yang orang cerita benda yang xmolek pasal korang , aku xkan benci korang sebab aku tahu korang semuanya baik-baik ..cuma kadang-kadang  tu biasalah korang ada nakal sikit .. aku faham korang masih budak-budak .. so apapun aku xkan layan benda-benda yang tak baik orang cerita pasal korang .. dengar tu tetap dengar tapi xlayan .. aku doakan semoga korang tak nakal macam dulu lagi .. jom matang!jadi dewasa ye .. 
--tadi aku balik terus tidow,letih la..isya baru semayang sakni je..hehehe

Khamis, 21 April 2016




Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..

Selasa, 27 Oktober 2015

doa bisu

ya allah ampunkan dosaku..aku telah mengheret hambamu ke pintu maksiat..dan kau ampunilah dosa dia..dia bukan lalai dengan sebab keinginan dirinya sendiri tetapi lalai dalam menjage hati makhlukmu yang berdosa ini..oleh kerana terlalu menjaga hati ku dia terlalai dari menjaga batas syariat ini ya allah..kau kurniakan keampunan buat dirinya..masukkan lah dia dalam kalangan hamba-hamba mu yang sentiasa mengingati mu..golongkan  dia dalam kalangan orang yang mendapat maghfirahmu..
ya allah kau takdirkan perkara yang terbaik untuknya..dan engkau kurniakan seorang lelaki yang soleh untuknya..sesuai dengan kelakuannya yang solehah itu..sesungguhnya aku ingin mengundur diri dari urusan ini..bukan aku berputus asa dari mengharapkan dia tapi aku akur kerana aku tidak ingin dia terputus hubungan denganmu..aku amat mengerti firman mu ya allah..aku amat mengerti dengan apa yang engkau turunkan pada nabi mu itu..tetapi aku lemah dalam nak melaksanakannya dan aku lemah dalam mengikutinya..jadikan aku ini seorang rajul yang selalu mengigati mu bukan kerana ingin mengaut kembali cintanya tapi untuk mendapat keredhaan mu dan untuk menjauhi azab nerakamu..sungguh azabmu itu ter amat pedih dan redha mu amat nikmat sekali ya allah..
perempuan baik itu untuk lelaki yang baik,manakala lelaki yang jahat itu dengan perempuan yang jahat..dia lah perempuan yang baik itu..dan akulah lelaki yang jahat...aku sedar,tidak pernah terjadi lagi di dunia ini minyak boleh disebatikan dengan air..melainkan dengan izinmu ya allah..walaupun ia disebatikan,minyak hitam itu hanya mampu mengotor kan air yang putih jernih..walaupun air putih cuba untuk menjernihkan minyak hitam ianya hanya menjadi perkara sia-sia..itu lah perumpamaan yang aku mampu berikan..mungkin ia salah dan mungkin juga ia betul..

ya allah kau hapuskan kekotoran dalam benak fikiran ku dan engkau hapuskan kekotoran dalam lubuk hatiku..agar ia suci kembali.agar ia tidak mengingati selain mengingati mu agar ia tidak mencintai selain mencintaimu..engkau terima lah doa bisu ku ini..walau ia tampak tidak ikhlas,walau hakikatnya sukar untuk ikhlas,dengan namamu yang maha pemurah lagi mengasihani engkau makbulkan doaku ini..supaya aku tidak tergolong dalam golongan-golongan yang rugi..

Rabu, 23 September 2015

Mawar berduri yang entah kemana durinya

Masih adakah wanita persis itu..persis mawar berduri
Sekuntum bunga yang elok dilihat dengan mata,
Yang harum baunya bila dihidu,
Tapi awas jangan sampai terpegang
Bimbang luka tangan terkena duri
Aku tidak memerlukan wanita yang menggelarkan bahawa mereka mawar berduri walhal mereka Bunga layu di kuntuman
Aku tidak memerlukan wanita yang mengatakan bahawa mereka mawar berduri walhal mereka Mudah dibawa ke sana ke sini
Mawar berduri apa harganya murah!
Mawar berduri apa sewenang2 manusia dapat menghampiri dan mencium nya
Arrghhh kamu x ubah seperti bunga lain..!
Mudah dicampurkan di dalam satu bejana
Tanpa sedikit pun rasa malu
Tanpa sedikit pun risau dirimu turut layu...

Hari ini doktor ingin membawa satu persoalan kepada kamu semua .Kamu pernah mendengar perempuan mengatakan mereka mawar berduri?
Malah ada sesetengah daripada mereka menamakan fb mereka dengan nama MAWAR BERDURI .Kadang-kadang terkeluar gelak kecil dari mulut doktor bila melihat pernyataan mereka dengan tindakan mereka atau bahasa senangnya "cakap tak serupa bikin" .Apa tak nyer, kamu lihat lah sendiri nama fb mawar berduri tapi posting gambar-gambar seksi(termasuk juga posting gambar berpurdah sekalipun) .Kalau dalam komen tu memang tak yah cakap la, berkomen-komen dengan lelaki melebihi batas(yakni tidak membezakan apa itu keperluan dan ape itu hasutan syaitan) .Aduuuuh .Terhantuk kepala doktor ke dinding .Tetapi disini tidaklah lah doktor ingin merendah-rendahkan mereka .

Dan kamu lihatlah mereka menggelarkan diri mereka mawar berduri walhal bersembang dengan lelaki melebihi dari urusan kerja .Tergelak-gelak, ketawa terbahak-bahak .Masyallah .wahai mawar berduri lelaki suka mengambil kesempatan .Mula-mula memang lah ada niat nak jaga batas-batas tapi bila melihat kamu seronok begitu tak kanlah diorang nak cakap, "awas jaga batas, pelihara aurat, jaga iman dan jaga ikhtilat" .Doktor yakin mereka tak mengeluarkan nasihat sebegitu rupa .Kumbang mana tak seronok bila melihat mawar meluruhkan durinya .Syaitan itu pandai memainkan peranan mereka .Mereka sudah beribu-ribu tahun hidup dan sudah beribu-ribu jenis manusia telah mereka perdayakan .
Maaflah doktor bukan hendak menyuruh kamu berfikiran jumud wahai mawar berduri .Tapi kamu lihatlah diri kamu sendiri, kamu ditipu kumbang hitam, kamu tidak sedar bahawa kamu dikutuk prinsip kamu sendiri .Kembalilah kepada matlamat asal dan prinsip asal kamu .Jadikanlah diri kamu itu mahal .Mahalkan diri kamu .Sesungguhnya lelaki itu jenis menyukai cabaran .Semakin susah kamu didapati maka semakin semangat mereka mengejar kamu .
Jika kamu bersikap mudah dalam memberi cinta dan bersikap mudah untuk kamu diajak berbual, diajak meronda ke kanan ke kiri nescaya kamu akan diperlekehkan mereka .Seolah kamu membiarkan diri kamu dipijak dipenyek semudahnya .Kamu mawar (cantik), kamu berduri (tegas) .Insyallah itulah yang bakal menjadi ketua bidadari di negeri sana .Negeri kekal abadi .Tiada syak wasangka padanya .

Maaflah ini hanya pandangan doktor dalam masalah ini .Doktor tidak memaksa kamu menerima nya .Doktor ikhlas sayangkan kamu mawar berduri .Doktor mahu kamu wahai mawar supaya tidakkan layu kerana hanya perempuan yang "digelar" mawar berduri sahaja tidak kan layu bukan yang "menggelarkan" dirinya sendiri..bezakan "digelar" dan "menggelar".
Dan sudah pastinya bunga mawar berduri akan layu kerana ianya bunga, bukannya kamu wahai perempuan yang bergelar MAWAR BERDURI sekalian..

Ahad, 14 Jun 2015

Artikel : Hye2 ramadhon, bye2 syaiton.


“Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar (terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari”. [HR. Bukhari 4/106 dan Muslim 1081, dari Abu Hurairah ra].
ِﺫَﺍ ﺟَﺎﺀَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥُ ﻓُﺘِّﺤَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ، ﻭَﻏُﻠِّﻘَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻭَﺳُﻠْﺴِﻠَﺖْ ﺍﻟﺸَّﻴَﺎﻃِﻴﻦُ
“Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu”
Telah berkata seorang penyair arab:
ﺃﺗﻰ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻣﺰﺭﻋﺔ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ *** ﻟﺘﻄﻬﻴﺮ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﻔﺴﺎﺩ
Tibanya ramadhan sebagai tempat bercucuk tanam bagi hamba***tibanya untuk membersihkan hati-hati dari kerosakkan dosa.
Berkata penyair lainnya:
ﻳﺎ ﺫﺍ ﺍﻟﺬﻱ ﻣﺎ ﻛﻔﺎﻩ ﺍﻟﺬﻧﺐ ﻓﻲ ﺭﺟﺐ *** ﺣﺘﻰ ﻋﺼﻰ ﺭﺑﻪ ﻓﻲ ﺷﻬﺮ ﺍﻟﺸﻌﺒﺎﻥ
ﻟﻘﺪ ﺃﻇﻠﻚ ﺷﻬﺮ ﺍﻟﺼﻮﻡ ﺑﻌﺪﻫﻤﺎ *** ﻓﻼ ﺗﺼﻴﺮﻩ ﺃﻳﻀﺎ ﺷﻬﺮ ﻋﺼﻴﺎﻥ
Wahai jiwa yang tidak cukup melakukan dosa dibulan rejab ***sehingga datang sya'ban pun masih bermaksiat,
Sesungguhnya selepasnya akan datang bulan puasa yang menaungi engkau***jangan kau jadikannya juga sebagai bulan untuk bermaksiat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan terus mendatang, menjenguk segala jiwa yang mengaku beriman .
Datang sebagai pelita baru dalam kehidupan , menabur janji menabur kasih buat insan terpilih.
Datangnya ingin mengisi kekosongan hati , terus merawat hati yang sedang pedih merintih dek kerana dikecewakan oleh diri sendiri.
Bukankah sebelum ini rejab sudah datang? Datang melabuhkan tirainya buat hati.
Bukankah sebelum ini Sya'ban sudah datang? Datang menghamparkan permaidaninya buat diri.
Balasan apakah yang kita berikan untuk rejab, untuk Sya'ban? Sedangkan mereka datang dengan penuh kerelaan bahkan dengan penuh rasa kecintaan.
Setiap kita tahu apa yang kita berikan.
Sekeping hati yang penuh dengan keegoan dosa,
Sekeping hati yang hipokrit bersama nafsu durjana.
Apakah ada kompromi dari syaitan?
Tidak, jangan terlalu awal untuk salahkan syaitan. Mari ujinya dengan kedatangan ramadhan. Sama ada tewas kita dengan syaitan atau lemas dengan nafsu yang merajai fikiran.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bulan rejab, sya'ban, dan ramadhan datang dengan keistimewaannya tersendiri. Semua telah maklum. Namun betapa hebatnya keistimewaan ramadhan tidak perlu disangkal lagi.
Seperti sabda nabi yang bermaksud "Awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka" (Hadis dhaif,berstatus munkar bahkan dihukum matruk  tapi ada juga yang mengatakan soheh).
Terlalu banyak untuk disebutkan didalam artikel yang kecil ini. Cukuplah kita mengetahui bulan ramadhan datang untuk membersihkan hati dari dosa-dosa yang kita lakukan di bulan lainnya. Pintu taubat dibuka seluas-seluasnya.
Dan sebagai manusia, tidaklah kita terlepas dari melakukan kesalahan. Sudah sesama manusia banyak silap apatah lagi dengan Allah S.W.T.
Begitulah resepi hidup, bahannya lebih banyak dosa dari pahala. Sebagai hamba yang mengaku beriman, diri kita tak akan terkecuali dari diikat dosa cuma perlulah dileraikan dosa dengan taubat. Dosa itu ibarat pokok yang semakin hari semakin menumbuh, semakin membesar di dalam hati. Sekiranya tidak ditebas dari awal maka akan susahlah untuk ditebas kemudian hari. Cara menebasnya adalah dengan taubat, jangan sekadar tahu buat sahaja, taubatnya tidak.
Eloklah dengan kedatangan ramadhan ini kita hiaskan dengan taubat-taubat terhadap dosa yang dilakukan.
• Apa hebatnya taubat dibulan ramadhan?
Hebatnya adalah kita ditemani oleh puasa. Sepertimana yang diketahui puasa adalah cara untuk menundukkan nafsu. Nafsu tidak akan kalah dengan mana-mana lawan sekalipun melainkan dengan perut kosong.
Elok sangatlah taubat tadi disertakan puasa, dicampur perasaan yang sudah ingin berubah dengan nafsu yang sudah kalah. Lagi mudah urusan taubat.
Tapi bukannya bulan ramadhan dijadikan tempat bertaubat, bulan lain pula dijadikan lembah bermaksiat seperti yang kita lakukan selama bertahun-tahun sebelum ini.
Inilah salahnya kita hanya sekolah di bulan ramadhan, bulan lain terus cuti berpanjangan. Tidak salah mengertikan ramadhan sebagai sekolah kerana bermaksud bulan untuk mendidik.
Salahnya apabila kita menganggap ramadhan sebagai sekolah. Inilah mentaliti rakyat malaysia. Selepas lulus ujian sekolah terus buang kertas-kertas peperiksaan, terus gudangkan(simpan dalam stor) buku-buku teks sekolah. Ini yang salah.
Kita tidak sedar bukan ramadhan sekolah yang sebenar, sebaliknya dunia inilah sekolah sebenar-benar. Ramadhan hanyalah bilik darjah.
Selalu difahamkan sekolah itu sebagai penjara. Ya, "Memang sekolah dunia adalah penjara bagi orang beriman". Manakala "Universiti dunia pula adalah ladang untuk kita bercucuk tanam".
" ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺳﺠﻦ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ "
Di bulan ini juga adalah untuk menguji seteguh mana iman kita. Selama ini kita dikelilingi syaitan. Dan kita katakan bahawa syaitanlah yang mendorong kita bermaksiat. Walhal sebaliknya, di bulan ini marilah kita menguji sama ada perlukah syaitan memukau kita atau syaitan hanya mengatakan bahawa "Aku tidak perlu membisik ditelinganya kerana dia juga syaitan seperti aku"
• Bagaimana untuk menguji?
Tidak terlalu susah. Sebelom ini, sebelum syaitan dibelenggu kita bermaksiat. Dan sekarang semasa syaitan dibelenggu pun kita masih bermaksiat. Maknanya kita bermaksiat bukan disebabkan tipu daya syaitan tapi kita kalah pada nafsu sendiri.
Kuatkan iman tundukkan nafsu. Lazimkan diri dengan berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari kejahatan nafsu dan buruk perangai. Disamping itu sentiasalah minta berlindung dari tipu daya syaitan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Penutup
Tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan singgah. Singgahnya cuma sebentar manfaatnya amat banyak. Oleh itu, pusatkan ibadah dan taubah di bulan ramadhan, mudah-mudahan kesungguhan kita membekaskan ikhlas didalam jiwa. Seterusnya mendorong kita untuk terus istiqamah di bulan-bulan yang lain. Insyallah.

Jumaat, 11 April 2014

bersahabat sehebat sahabat

gambar hiasan
 aku bersahabat bukan di dalam gembira sahaja..malah ketika dibadai masalah,di dalam diam dan bisu,di dalam marah,di dalam kata-kata cemuhan juga aku bersahabat..ini menjadi pegangan aku sejak sekian lama..dan ini jugalah yang telah diterapkan kepada aku sejak aku mula mengenal apa itu abc apa itu alif ba ta..apa itu sahabat yang bersahabat kerana Allah dan apa itu sahabat  bersahabat kerana menghendaki sesuatu  dari kita..terima kasih ayah,bukan kerana ayah telah mengajarkan aku tentang sifat setiakawan akan tetapi kerana ayah lah yang telah mewariskan sifat ini padaku..kalu tidak kerana kehalusan budi mu pada tika dulu tidak akan aku berukhuwwah sampai ke tahap ini..dan kerana kehalusan budi mu itu jugalah aku telah memiliki seorang ibu yang tahan sifat sabarnya..semuanya bermula dari mujahadah mu pada ketika itu,ayah..
ayah yang mewariskan semua ini pada aku??bagaimanakah??bukankah,,,
gambar hiasan

......iman tak dapat diwarisi.....

....dari seorang ayah yang bertaqwa....RAIHAN - iman mutiara



itu mungkin dalam skop iman..yang aku bicarakan dalam skop sifat atau perangai..
terasa terkilan dipuji sahabat pada malam itu.."dengan kamu je lah tempat aku mengadu masalah,tempat aku tumpang mengaduh sakit"..sahabat yang betul2 aku sayang puji aku..wahhh aku xdapat menggambarkan nya..seolah-olah  kecantikan seorang isteri dipuji oleh suaminya..mula lah terseret-seret pipi kerana malu..gembira pun ada..bangga pun ada..namun wahai diri ingatlah,bahawa pada hkikatnya pujian itu tidak layak dituju kepada mu walhal pujian itu hanya layak disandarkan kepada Allah taala..kerana Allah lah pemilik segala pujian itu..qadim puji qadim,qadim puji hadis,hadis puji hadis,hadis puji qadim..al haqnya milik qadim lah semua itu..Allahu akbar
terima kasih sahabat,bukan diatas pujian itu tapi diatas penghargaan kamu..walaupun aku tak pernah meminta untuk dihargai dan aku tak pernah meminta untuk dipuji,sekiranya engkau puji engkau hargai maka itu dibarat sesuatu yang amat bernilai buat aku sahabat..sekurang-kurangnya kau dapat merasai kehadiran aku disisi..aku hadir untuk menyerikan lagi kehidupan yang tengah engkau miliki..aku ingin berpimpingan tangan bersamamu menuju ke syurga yang kekal abadi..walaupun pada pandangan sesetengah orang ia seolah-olah sesuatu yang jijik..bersahabat kerana Allah itu jijik??berpimpingan tangan dengan perempuan bukan mahram pula elok,baik??ceteknya pemikiran kamu ,bodohnya akal kamu..
benarlah barat , benar-benar  telah mempengaruhi cara pemikiran mu wahai sekalian saudara-saudaraku..pemikiran kita telah diracuni oleh nilai-nilai bukan islam..nilai-nilai yang jauh terpesong dari ugama..ke mana perginya nilai-nilai yang suci itu kita kuburkan?kenapa membiarkan ia menjadi debu-debu tanah yang tidak berharga nilai??sedih..bagaimana sekiranya kekasih kita muhammad berada bersama kita sekarang ini??melihat ummatnya meletakkan ajaran yang dibawanya di pinggiran??al-quran berbilion-bilion dicetak tapi hanya dijadikan sebagai hiasan??sejadah berlonggok-longgok dikilang sedangkan hanya dibiarkan lusuh di lantai tanpa ada orang bersujud diatasnya??mengapa kita tidak merenung sejarah silam di zaman kegemilangan islam??walaupun beberapa butir sahaja al-quran di mashafkan ia tetap dijadikan pegangan??wlaupun bersujud dilantai pasir mereka tetap gagah berjuang??maka tidak hairanlah sekiranya pernah nabi mengatakan bahawa ummat islam di akhir zaman ibarat buih-buih dilautan..
gambar hiasan
mereka ramai tapi iman mereka rapuh..tidak berharga barang berkuantiti banyak andai sedikit kualitinya..apa benar kita mengaku beragama islam sedangkan tiada sedikit pun sumbangan??diibaratkan mengaku sayangkan kedua ibubapa sedangkan sedikit pun tiada balas jasa..itu masih ditoleransi lagi,jika tidak membalas jasa + durhaka pula harus bagaimana??apa nama ini anak??si tanggang??masing-masing jawablah dalam hati..terus ubah sekadar kemampuan..
sahabat,ketika kau dalam gembira kau pernah tak menghiraukan aku..pernah aku menyelit untuk berbual bersama,sedikit bicara pun kau tak palingkan untuk aku..tak mengapa sahabat,aku ikhlas denganmu..biar lah sekadar aku melihat gerakkan bibir mu dari celahan pintu tempat aku menyorot sekujur badan  kerana aku tidak mahu meganggu keceriaan mu pada hari-hari itu..aku takut,kehadiran aku menjadi onak dalam bicaramu..mahuku hanyalah gembira mu sahabat..gunakanlah kegembiraan mu sebaik-baiknya sahabat..jangan sampai nikmatnya ditarik..
untuk pengetahuan kau,aku tak sanggup melihat kau bersedih..hati aku turut merasakan kesedihan itu..aku sanggup menukarkan kegembiraan ku pada mu agar kamu sentiasa ceria di sepanjang hari-harimu..dan aku rela berdukacita sekiranya itu yang menjadi kegembiraan mu..
disini sahabat,aku ingin luahkan..mungkin dimata mu aku adalah seorang yang tiada masalah,yang mempunyai seribu ketenangan..hakikatnya aku menangis sendirian..menahan seribu kesakitan,menelan seribu kepahitan..segala seribu ku punya sahabat..tapi Alhamdulillah sahabat,segala yang seribu itu dapat dihapus dengan Allah yang maha satu yang maha esa dalam hati ini..sungguh lah Allah itu sumber segala kekuatan..dekatkan lah diri dengan Allah..Dia maha Mengetahui segala-galanya..tidak kira zahir atau tersembunyi..tidak kira kecil atau besar,berat mahupun yang ringan semuanya didalam gengaman takdirNya..jangan lah mencampurkan keikhlasan kerana Allah dengan sesuatu yang tak diredhaiNya..insyallah selamat dunia akhirat..

gambar hiasan
jaga amal jaga hati jaga iman jaga pandangan
jaga amal jaga hati jaga iman jaga aurat
jauhilah ikthilat..insyallah kebahagiaan menanti kita..
---sedikit cerita tadi yang tak jelas apa ceritanya hanyalah rekaan semata-mata,tiada bersangkut-paut dengan yang masih hidup atau sudah mati..ambillah pengajaran daripadanya..kerana pengajaran bukanlah rekaan..ianya untuk dibuat pedoman..ia menghidupkan hati-hati yang mati..
sekian,untuk aku dan engkau--


Khamis, 14 November 2013

DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK

"kenapa wanita cantik memilih lelaki serba kekurangan sebagai suami" 


Sepertimana yang dijanjikan,doktor akan mengongsikan cerita ini kepada pembaca-pembaca semua..
....Untuk suka-suka ajer...
    Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh... telefon aku juga tidak punya kredit. Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku. Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja. Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskhah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairankan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis. Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini.
 Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW. Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah asli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi 'pak sanggup'. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

 *** Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasat latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah. Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?” “Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.” Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.
   Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan. Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat KEMAS yang cuma setingkat. Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati. Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh. Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Sarimah. Hanya itu. Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?” Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu. “Ya, saya. Awak boleh cam?” “Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di seberang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.” Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur. Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang. Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh. Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku. Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?” “Saya diet.” Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi. “Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega. “Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama. “Malam ini jemputlah datang rumah.” “Datang rumah awak?” “Ya, makan malam dengan keluarga saya.” Aku diam. Berdebar-debar. “Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.” “Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.” 
*** Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku. Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak.... Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya. Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin. Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota. Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya.... oh... ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan. 
 “Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya. “Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.” “Lamalah tu.” Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, 'Suci Dalam Debu'. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus. “Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku. “Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jemput sebelah perempuan sahaja.” “Sebelah lelaki bila?” Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu. “Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.” Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, 'Someone like you'. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini. “Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap. “Cantik.” “Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy. “Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.” “Kau tidak pernah jumpa dia?” “Baru tadi.” “Memang dia cantik?” “Memang cantik.” Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang. “Apa kerja dia?” “Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.” “Hmm... dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.” Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku. Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.” Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga. “Kau tidak hairan?” soal Rudy. “Memang aku hairan.” “Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?” Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba. “Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.” “Buat apa?” Rudy memandang hairan. “Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.” “Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar. “Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.” “Siasat-siasat? Macam mana?” “Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.” Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju. 
*** Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar. “Maafkan saya sebab lambat.” “Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku. “Ooo... inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah. “Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.” Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun. “Untunglah kau,” bisik Rudy. Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya. “Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Salman memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar. “Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah. Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku. “Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula. Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati. “Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau. “Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?” Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng. Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.” “Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?” Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul. “Saya tidak tanya.” Ayah Sarimah mula ketawa kecil. “Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah. “Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya. Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar. Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.” “Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal. “Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi. “Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy. “Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu,Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandang aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku. “Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya. “Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!” Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah. “Ooo... tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.” “Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku. “Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil. “Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar. “Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar. Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang. “Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar. “Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?'
 *** Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, 'sayang'. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya. Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.” Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati. Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.” Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati. “Ampuni apa sayang?” “Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.” Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya. “Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.” Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya. “Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan. “Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.” Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.” Sarimah sekali lagi tersenyum. “Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?” “Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera. Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah. Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat. “Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.” Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat. “Abang... jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku nampak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyekat air mata Sarimah. “Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah. cerita asal:tuan bahruddin bekri 

Sabtu, 19 Oktober 2013

DOKTOR CINTA KEMBALI BERSUARA

-doktor cinta kembali bersuara-
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
kali ini saya akan membangsakan diri saya sebagai doktor cinta..jangan marah dan jangan jelous ya..!
  maaf kerana doktor cinta telah lama menyepi dan kini kembali bersuara..dan maaf juga kerana dulu pernah sekali dalam entri doktor yang lama ada mengatakan doktor akan mengongsikan sedikit teknik-teknik dalam mengi'rab kalimah tetapi ianya tidak terlaksana dan tergendala..Insyallah dengan izin Allah doktor akan meneruskan penulisan itu..buat masa sekarang doktor amat sibuk dengan pelajaran dan jadual kerja harian doktor..
  buat para pembaca blog doktor yang serba kekurangan ini,,
 ---..para..?2,3 orang je yang follow macam mana tu doktor?..bagi doktor itu perkara biasa  ^_^ ..---
jangan risau sekiranya ada sesuatu yang ingin diluahkan atau ada sesuatu yang tidak enak di hati silalah luahkan melalui akaun FB doktor yang semakin famous ni https://www.facebook.com/annuar.ramli ..hakhakhak..astaghfirullahalazim..nampaknya kali ini doktor terlalu nerves untuk menulis sampai ketawa terbahak-bahak..
CINTA..
  salah satu perkara atau topik yang amat digila-gilakan oleh remaja yang sedang meningkat dewasa sekarang ini..sebagai manusia dan juga remaja,doktor juga tidak terlepas dari semua itu..namun disana kita perlulah menghadkan kisah cinta kita ini mengikut apa yang digaris pandukan oleh islam ugama yang diredhai  oleh Pencipta..
  islam tidak lah melarang atau menghapuskan perkataan cinta itu..namun,perlulah di ingatkan cinta bagaimana yang dilarang dan diterima..cinta Allah dan Rasul..cinta pada IbuBapa..cinta akan sanak-saudara..semua ini tidak ada syak dan tidak ada keraguan lagi bahawa patut,malah wajib ada di dalam hati kita sebagai umat islam yang berpegang teguh dengan ajarannya..islam itu memandu arah  bukan menghapuskan..
  bagaimana pula dengan cinta lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim?adakah ianya dilarang atau diterima?Insyallah inilah yang akan menjadi topik tulisan doktor pada kali ini..dengan tegas doktor katakan bercinta sebelum nikah itu haram dan sepastinya bercinta selepas nikah itu halal..berat didengar oleh remaja yang sedang hangat bercinta sekiranya masih ada setitis iman didalam dada..ada juga dikalangan umat islam hari ini sudah tidak mengendahkan hukum halal dan haram dek kerana ceteknya pengetahuan tentang ugama sehinggakan mereka sanggup menggadai agama kerana cinta..itulah realiti cinta dizaman sekarang..apabila barat menjadi sanjungan dan agama menjadi bahan sampingan..sedih kehidupan diakhir zaman..fitnah menjadi biasa,maksiat pula ada dimana-mana..
  doktor tidak ingin mengeluarkan dalil-dalil al-quran dan hadis di sini..apatah lagi pendapat ulama tentang bercinta atau bercouple..doktor cuma ingin mengeluarkan beberapa pesanan dan cara untuk mengislahkan pasangan sedang hangat bercinta (kononnya dunia ini seolah-olah mereka yang punya) supaya kembali kepada Quran dan Sunnah..
sebenarnya doktor tidaklah menolak seratus peratus tentang cinta dan bercinta..doktor sokong kamu semua bercinta,sekiranya cinta kamu itu betul menurut kaedah..maksud doktor di  sini bukan nak menggalakkan kamu semua bercouple-couple atau duk berzina hati..bercinta lah dengan cara yg betul dengan cara yang diredhai Allah..mungkin kamu semua akan bertanya bagaimana cara bercinta yang betul?senang sahaja jawapannya..masuk merisik,sekiranya diterima terus bertunang dan jangan jarakkan tempoh pertunangan itu dengan jangka masa yang lama..segerakan untuk berkahwin..seboleh-bolehnya percepatkan kerana bimbang cinta yang akan halal itu bercampur dengan unsur-unsur yang haram..
 disana juga terdapat manusia yang tidak setuju dengan istilah cinta dan bercinta  sebelum kahwin..mungkin hujah mereka tentang perkara ialah mane mungkin babi yang haram boleh disucikan dengan samak..
-keluar dari tajuk sekejap..perkataan samak yang digunakan oleh masyarakat melayu kita berkenaaan najisnya anjing dan babi ini adalah salah pada hakikatnya..asal samak itu ialah membasuh  kulit bangkai dengan kapur atau tahi burung merpati supaya menjadi suci dan boleh digunakan sebagai pakaiaan....itu makna samak -manakala membasuh bekas jilatan anjing  atau bersentuhan dengan babi itu dengan air yang bersih sebanyak tujuh kali diakhiri dengan satu basuhan air tanah tidak dinamakan samak..ini dinamakan sebagai cara menyucikan diri dari najis anjing dan babi..tetapi tidak lah menjadi salah sekiranya uruf masyarakat Malaysia sudah glamour panggilannya dengan samak..-
berbalik pada perbicaraan tadi..yang haram itu tetap haram..
sekiranya kamu sudah terlanjur brcinta(maksud doktor bukan terlanjur seperti brzina,sekiranya dah terlanjur begini bertaubat lah) kamu cuba la bercinta dengan cara yang elok..kamu cuba ubah cara kamu bercinta..kamu bagitahu kepada pasangan kamu elok-elok supaya kembali semula ke jalan yang lurus..jadikan islam itu sebagai cara hidup..Insya Allah  dengan izin Allah mereka akan faham..yang penting niat ikhlas untuk kembali  ke jalan Allah..
ingat!! tegahan keras dari doktor..sebaik-baiknya kamu semua tidak perlu bercouple sebab akan merosakkan hati kamu sahaja..-biar kamu pasti dahulu tanah itu adalah hak milik kamu,selepas itu sekiranya kamu ingin bercucuk tanam atau ingin mendirikan rumah di situ maka teruskanlah-jangan jadi seperti  orang tua selepas merdeka dulu,apabila bertemu tanah kosong  terus label sebagai hak miliknya..lebih malang apabila mereka sudah bercucuk tanam dan telah mendirikan rumah disana akhirnya kerajaan rampas semula tanah itu,sekali dengan rumah..tidakkah kamu akan merasa sangat perit ketika itu?
akhir sekali tanam lah di dalam hati kamu bahawa  " bukan semua org hok kite cnte kite akn kawin ngn dye,tpi org hok kite kawin ngn dye 2 sudah pasti kite akan mncintai dye.."loghat teganu..maaf sekiranya tersalah pandang,ini hanyalah pendapat doktor tentang cinta..sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja Yang Maha  Mengetahui..
masih tidak faham tentang cinta?berhubunglah dengan doktor melalui talian facebook diatas..Insya Allah khair..
berikutnya doktor akan membentangkan sebuah kisah cinta yang bertajuk "kenapa wanita cantik memilih lelaki serba kekurangan sebagai suami" ..

..untuk suka-suka ajer..

Rabu, 30 Januari 2013

qutufun minal 'arabiah


Muqaddimah:
Assalamualaikum salam sejahtera..
 Dikesempatan kali ini,saya ingin menulis serba sedikit tentang pelajaran ilmu Nahu yang mana ianya adalah satu ilmu yang semakin hari semakin tidak digemari oleh kebanyakkan pelajar masa kini.Terutamanya bagi golongan pelajar islam sendiri.Tulisan ini adalah bersumberkan dari sebuah kitab yang agak masyhur di zaman iT dan teknologi ini iaitu kitab "kutufun minal 'arbiah" yang dikarang oleh Dr. Ahmad Salim Al-hamsi.Sebelum perkara ini dibahaskan secara panjang lebar,eloklah kita mendengar sedikit peringatan atau teguran,bukan teguran yang ingin menjatuhkan akan tetapi teguran yang membina.

Sedikit peringatan penting buat pelajar dalam qaedah i'rab:

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan pelajar sukar untuk mengi'rab sesuatu kalimah.Namun disini bukan bidangnya untuk menceritakan semua itu.Saya tidaklah menganggap bahawa i'rab ini senang kerana ianya satu ilmu yang mencakupi pelbagai ilmu.Bersebabkan itu jugalah ulama telah menamakan ilmu Nahu sebagai ilmu i'rab kerana i'rab itu adalah asas(tunjang) bagi ilmu Nahu.
 Tidak ragu-ragulah bahawa bagi setiap ilmu itu ada kesusahannya.Disana terdapat ramai pelajar yang bersibuk-sibuk dengan ilmu sains,ilmu kimia,ilmu fizik dan lain-lain lagi.Maka disini mengapakah pelajar menganggap mudah akan ilmu i'rab ini walhal ia adalah satu ilmu seperti ilmu-ilmu yang lain juga.Telah maklum bahawa pelajar mengambil sikap sambil lewa tentang ilmu ini khususnya bagi pelajar bahasa arab dan bagi orang arab sendiri.Disini tidaklah saya ingin mencela pelajar jurusan lain apatah lagi terhadap orang arab.Sebagai pengetahuan,bagi sebilangan pelajar yang mempelajari bahasa arab ini mereka tidak berapa menghiraukan tentang kaedah ilmu bahasa arab kerana mereka beranggapan ia amat sukar untuk dipelajari dan difahami.Pada pendapat mereka,lebih baik mempelajari ilmu usul fiqh,usul tafsir,usuluddin dan lain-lain lagi dari khazanah ilmu daripada mereka memeningkan kepala mereka untuk belajar kaedah bahasa arab.Tanpa mereka sedari, bagaimana mungkin mereka akan memahami ilmu tersebut sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu kaedah.Silap-silap mereka akan terpesong dari memahami makna sebenar yang dimaksudkan oleh ulama'-ulama' dahulu kala.

 Bagi kaum arab pula,mereka menganggap ilmu ini adalah ilmu yang menggunakan bahasa nenek moyang mereka maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dan memahaminya bahkan mereka lebih rela bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu yang lain.Mereka beri'tikad bahawa zaman ini adalah zaman perkembangan ilmu.Pada pandangan mereka belajar ilmu i'rab ini sudah tidak penting lagi atau agak ketinggalan zaman.bersebabkan ini jugalah mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa ilmu i'rab(Nahu) adalah bapa bagi sekalian ilmu juga menjadi alat atau menjadi wasilah untuk memahami sesuatu ilmu tersebut.Jika tidak bagaimana mungkin mereka ingin mentadabbur Al-Quran dan bagaimana mereka ingin membaca kitab-kitab turath(lama) yang menjadi asas penting dalam perkembangan kebudayaan dan kesusasteraan ilmu di masa kini?dan kenapakah pelajar lebih gemar beramal untuk dunia mereka dan meninggalkan urusan akhirat?Adakah mereka tidak pernah mendengar tentang hadis Nabi yang menggesa ummat islam untuk menyintai orang arab dan bahasa arab kerana nabi itu adalah orang arab,Al-quran juga diturunkan dalam bahasa arab dan bahasa arab itu adalah percakapan ahli syurga?di dalam hadis lain Nabi menggesa supaya mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya supaya dapat menghindari perkara yang diharamkan dan supaya dapat menambah dalam beramal soleh?

 Akhir sekali didalam coretan saya,saya menasihati bagi pelajar yang tidak pernah mempelajari ilmu Nahu seeloknya bagi mereka pelajarilah dahulu tentang ilmu Nahu kerana di dalam tulisan saya ini,saya hanya menekankan kepada kaedah i'rab sahaja bukan lah untuk menerankan tentang ilmu Nahu secara terperinci. Sebelum mengakhiri kalam,saya fikir sayugialah saya memohon teguran sekiranya terdapat kesalahan yang disengajakan atau yang tidak disengajakan sepanjang penulisan ini dan harapan saya semoga kita semua mendapat manfaat dari hasil usaha tulisan yang kecil ini.Ape yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang buruk itu saya bangsakan kepada kekurangan diri saya sendiri.Wallahu A'lam.
<jangan lupa ikuti entri yang akan datang>

Sabtu, 26 Januari 2013

luahan seorang sahabat..FREE...FREE..FREE


berat kakiku menyusuri jalan
tenangku bersendirian dalam kebisuan...

pada suara yang menyapa
tanah yang ku pijak seolah-olah berbicara
tahukah kamu bahawa tanah ini adalah milikmu?
ya,aku tahu tanah ini memang milik ku
tetapi itu dahulu...itu dahulu...

disebalik bumi subur menghijau
ku lihat tanah bersiram darah
langit cerah dihiasi burung-burung berkicauan
hakikatnya mendung berhujan
di mata si ibu yang penuh kasih sayang
tersirat penderitaan dan pengharapan
cangkul ditangan sang ayah
sekadar menyembunyikan pedang di hati yang bakal terhunus...
ku lihat anak-anak yang ceria
akan kelabukah masa hadapan mereka?
di wajah tua yang sedang mengira detik menghadap tuhan
masih tersemat persoalan sempatkah aku mengecapi kemerdekaan...

akan berterusankah perjuangan yang belum aku selesaikan
tiada guna segulung ijazah jika minda anak muda masih terjajah
tiada guna kereta yang mewah jika pejuang masih bermandi darah
tiada guna rumah yang besar jika maruah bangsaku masih dipijak-pijak
tiada guna keluarga bahagia jika ummatku masih teraniaya...

apakah benar itu kebahagiaan?
sedangkan detik demi detik satu persatu saudaraku gugur di medan perang...

singkapi mulianya kesetiaan Fatimah sayap kiri sang suami
renungi hebatnya keberanian Asma' si srikandi
susuri agungnya sejarah pengorbanan Khadijah isteri yang suci
hidupkan kembali ruh kepahlawanan Abu Bakat As-siddiq dalam jiwa
melangkahlah dengan cinta syahid Khalid Al-walid
gentarkan musuh dengan kegarangan Umar Al-khatab
runtuhkan kubu penjajah dengan ngauman Hamzah sang singa ALLAH...
lahirlah wahai pemuda yang rela berkorban
sinarkan kembali nur islam yang mulai terpadam
teruskan perjuangan rasul junjungan...

adik ku tersungkur di rumah ALLAH
abangku syahid di hamparan sejadah
sahabatku gugur bersama Al-quran di gengaman
ayahku rebah ketika bangkit menuntut keadilan
siapakah yang akan menuntut bela?
aku..?mampukah aku...?

Ya ALLAH..
kami tidak mahu dengan limpahan kekayaan,pangkat dan darjat
tidak pernah kami dambakan
tidak pernah kami impikan nama dan kemasyhuran
maruah bangsa kami kini yang menjadi taruhan
panji kami yang kami ingin tegakkan...

kami berdiri di simpang tiga
kanan kami jalan menuju kemenangan
kiri kami syahid di jalan tuhan
mengundur ke belakang tidak pernah kami fikirkan
walau selangkah tidak mungkin kami lakukan
api jihad selamanya tidak akan mungkin terpadam
selagi Fathoni belum mendapat kebebasan

kau bantulah kami Ya ALLAH..
rahmatilah perjuangan kami Ya ALLAH..
iringilah perjuangan kami dengan ruh para syuhada'
bangkitkan semangat kami
tetapkan hati kami
merdekakan Fathoni Ya Allah..
Amiin..Amiin..Amiin
Ya Rabbal Alamin..