Rabu, 30 Januari 2013

qutufun minal 'arabiah


Muqaddimah:
Assalamualaikum salam sejahtera..
 Dikesempatan kali ini,saya ingin menulis serba sedikit tentang pelajaran ilmu Nahu yang mana ianya adalah satu ilmu yang semakin hari semakin tidak digemari oleh kebanyakkan pelajar masa kini.Terutamanya bagi golongan pelajar islam sendiri.Tulisan ini adalah bersumberkan dari sebuah kitab yang agak masyhur di zaman iT dan teknologi ini iaitu kitab "kutufun minal 'arbiah" yang dikarang oleh Dr. Ahmad Salim Al-hamsi.Sebelum perkara ini dibahaskan secara panjang lebar,eloklah kita mendengar sedikit peringatan atau teguran,bukan teguran yang ingin menjatuhkan akan tetapi teguran yang membina.

Sedikit peringatan penting buat pelajar dalam qaedah i'rab:

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan pelajar sukar untuk mengi'rab sesuatu kalimah.Namun disini bukan bidangnya untuk menceritakan semua itu.Saya tidaklah menganggap bahawa i'rab ini senang kerana ianya satu ilmu yang mencakupi pelbagai ilmu.Bersebabkan itu jugalah ulama telah menamakan ilmu Nahu sebagai ilmu i'rab kerana i'rab itu adalah asas(tunjang) bagi ilmu Nahu.
 Tidak ragu-ragulah bahawa bagi setiap ilmu itu ada kesusahannya.Disana terdapat ramai pelajar yang bersibuk-sibuk dengan ilmu sains,ilmu kimia,ilmu fizik dan lain-lain lagi.Maka disini mengapakah pelajar menganggap mudah akan ilmu i'rab ini walhal ia adalah satu ilmu seperti ilmu-ilmu yang lain juga.Telah maklum bahawa pelajar mengambil sikap sambil lewa tentang ilmu ini khususnya bagi pelajar bahasa arab dan bagi orang arab sendiri.Disini tidaklah saya ingin mencela pelajar jurusan lain apatah lagi terhadap orang arab.Sebagai pengetahuan,bagi sebilangan pelajar yang mempelajari bahasa arab ini mereka tidak berapa menghiraukan tentang kaedah ilmu bahasa arab kerana mereka beranggapan ia amat sukar untuk dipelajari dan difahami.Pada pendapat mereka,lebih baik mempelajari ilmu usul fiqh,usul tafsir,usuluddin dan lain-lain lagi dari khazanah ilmu daripada mereka memeningkan kepala mereka untuk belajar kaedah bahasa arab.Tanpa mereka sedari, bagaimana mungkin mereka akan memahami ilmu tersebut sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu kaedah.Silap-silap mereka akan terpesong dari memahami makna sebenar yang dimaksudkan oleh ulama'-ulama' dahulu kala.

 Bagi kaum arab pula,mereka menganggap ilmu ini adalah ilmu yang menggunakan bahasa nenek moyang mereka maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dan memahaminya bahkan mereka lebih rela bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu yang lain.Mereka beri'tikad bahawa zaman ini adalah zaman perkembangan ilmu.Pada pandangan mereka belajar ilmu i'rab ini sudah tidak penting lagi atau agak ketinggalan zaman.bersebabkan ini jugalah mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa ilmu i'rab(Nahu) adalah bapa bagi sekalian ilmu juga menjadi alat atau menjadi wasilah untuk memahami sesuatu ilmu tersebut.Jika tidak bagaimana mungkin mereka ingin mentadabbur Al-Quran dan bagaimana mereka ingin membaca kitab-kitab turath(lama) yang menjadi asas penting dalam perkembangan kebudayaan dan kesusasteraan ilmu di masa kini?dan kenapakah pelajar lebih gemar beramal untuk dunia mereka dan meninggalkan urusan akhirat?Adakah mereka tidak pernah mendengar tentang hadis Nabi yang menggesa ummat islam untuk menyintai orang arab dan bahasa arab kerana nabi itu adalah orang arab,Al-quran juga diturunkan dalam bahasa arab dan bahasa arab itu adalah percakapan ahli syurga?di dalam hadis lain Nabi menggesa supaya mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya supaya dapat menghindari perkara yang diharamkan dan supaya dapat menambah dalam beramal soleh?

 Akhir sekali didalam coretan saya,saya menasihati bagi pelajar yang tidak pernah mempelajari ilmu Nahu seeloknya bagi mereka pelajarilah dahulu tentang ilmu Nahu kerana di dalam tulisan saya ini,saya hanya menekankan kepada kaedah i'rab sahaja bukan lah untuk menerankan tentang ilmu Nahu secara terperinci. Sebelum mengakhiri kalam,saya fikir sayugialah saya memohon teguran sekiranya terdapat kesalahan yang disengajakan atau yang tidak disengajakan sepanjang penulisan ini dan harapan saya semoga kita semua mendapat manfaat dari hasil usaha tulisan yang kecil ini.Ape yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang buruk itu saya bangsakan kepada kekurangan diri saya sendiri.Wallahu A'lam.
<jangan lupa ikuti entri yang akan datang>

Tiada ulasan: