ya allah ampunkan dosaku..aku telah mengheret hambamu ke pintu maksiat..dan
kau ampunilah dosa dia..dia bukan lalai dengan sebab keinginan dirinya sendiri
tetapi lalai dalam menjage hati makhlukmu yang berdosa ini..oleh kerana terlalu
menjaga hati ku dia terlalai dari menjaga batas syariat ini ya allah..kau
kurniakan keampunan buat dirinya..masukkan lah dia dalam kalangan hamba-hamba
mu yang sentiasa mengingati mu..golongkan dia dalam kalangan orang yang
mendapat maghfirahmu..
ya allah kau takdirkan perkara yang terbaik untuknya..dan engkau kurniakan
seorang lelaki yang soleh untuknya..sesuai dengan kelakuannya yang solehah
itu..sesungguhnya aku ingin mengundur diri dari urusan ini..bukan aku berputus
asa dari mengharapkan dia tapi aku akur kerana aku tidak ingin dia terputus
hubungan denganmu..aku amat mengerti firman mu ya allah..aku amat mengerti
dengan apa yang engkau turunkan pada nabi mu itu..tetapi aku lemah dalam nak
melaksanakannya dan aku lemah dalam mengikutinya..jadikan aku ini seorang rajul
yang selalu mengigati mu bukan kerana ingin mengaut kembali cintanya tapi untuk
mendapat keredhaan mu dan untuk menjauhi azab nerakamu..sungguh azabmu itu ter
amat pedih dan redha mu amat nikmat sekali ya allah..
perempuan baik itu untuk lelaki yang baik,manakala lelaki yang jahat itu
dengan perempuan yang jahat..dia lah perempuan yang baik itu..dan akulah lelaki
yang jahat...aku sedar,tidak pernah terjadi lagi di dunia ini minyak boleh
disebatikan dengan air..melainkan dengan izinmu ya allah..walaupun ia
disebatikan,minyak hitam itu hanya mampu mengotor kan air yang putih
jernih..walaupun air putih cuba untuk menjernihkan minyak hitam ianya hanya
menjadi perkara sia-sia..itu lah perumpamaan yang aku mampu berikan..mungkin ia
salah dan mungkin juga ia betul..
ya allah kau hapuskan kekotoran dalam benak fikiran ku dan engkau hapuskan
kekotoran dalam lubuk hatiku..agar ia suci kembali.agar ia tidak mengingati
selain mengingati mu agar ia tidak mencintai selain mencintaimu..engkau terima
lah doa bisu ku ini..walau ia tampak tidak ikhlas,walau hakikatnya sukar untuk
ikhlas,dengan namamu yang maha pemurah lagi mengasihani engkau makbulkan doaku
ini..supaya aku tidak tergolong dalam golongan-golongan yang rugi..