“Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian kerana
melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar (terhalang), maka
sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari”. [HR. Bukhari 4/106 dan
Muslim 1081, dari Abu Hurairah ra].
ﺇِﺫَﺍ ﺟَﺎﺀَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥُ
ﻓُﺘِّﺤَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ، ﻭَﻏُﻠِّﻘَﺖْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ، ﻭَﺳُﻠْﺴِﻠَﺖْ ﺍﻟﺸَّﻴَﺎﻃِﻴﻦُ
“Apabila bulan Ramadan tiba, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu
neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu”
Telah berkata seorang penyair arab:
ﺃﺗﻰ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻣﺰﺭﻋﺔ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ *** ﻟﺘﻄﻬﻴﺮ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ ﻣﻦ ﺍﻟﻔﺴﺎﺩ
Tibanya ramadhan sebagai tempat bercucuk tanam bagi hamba***tibanya
untuk membersihkan hati-hati dari kerosakkan dosa.
Berkata penyair lainnya:
ﻳﺎ ﺫﺍ ﺍﻟﺬﻱ ﻣﺎ ﻛﻔﺎﻩ ﺍﻟﺬﻧﺐ ﻓﻲ ﺭﺟﺐ *** ﺣﺘﻰ ﻋﺼﻰ ﺭﺑﻪ ﻓﻲ ﺷﻬﺮ
ﺍﻟﺸﻌﺒﺎﻥ
ﻟﻘﺪ ﺃﻇﻠﻚ ﺷﻬﺮ ﺍﻟﺼﻮﻡ ﺑﻌﺪﻫﻤﺎ *** ﻓﻼ ﺗﺼﻴﺮﻩ ﺃﻳﻀﺎ ﺷﻬﺮ ﻋﺼﻴﺎﻥ
Wahai jiwa yang tidak cukup melakukan dosa dibulan rejab ***sehingga
datang sya'ban pun masih bermaksiat,
Sesungguhnya selepasnya akan datang bulan puasa yang menaungi
engkau***jangan kau jadikannya juga sebagai bulan untuk bermaksiat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan terus mendatang, menjenguk segala jiwa yang mengaku beriman .
Datang sebagai pelita baru dalam kehidupan , menabur janji menabur kasih buat insan terpilih.
Datang sebagai pelita baru dalam kehidupan , menabur janji menabur kasih buat insan terpilih.
Datangnya ingin mengisi kekosongan hati , terus merawat hati yang sedang
pedih merintih dek kerana dikecewakan oleh diri sendiri.
Bukankah sebelum ini rejab sudah datang? Datang melabuhkan tirainya buat
hati.
Bukankah sebelum ini Sya'ban sudah datang? Datang menghamparkan
permaidaninya buat diri.
Balasan apakah yang kita berikan untuk rejab, untuk Sya'ban? Sedangkan
mereka datang dengan penuh kerelaan bahkan dengan penuh rasa kecintaan.
Setiap kita tahu apa yang kita berikan.
Sekeping hati yang penuh dengan keegoan dosa,
Sekeping hati yang hipokrit bersama nafsu durjana.
Apakah ada kompromi dari syaitan?
Tidak, jangan terlalu awal untuk salahkan syaitan. Mari ujinya dengan
kedatangan ramadhan. Sama ada tewas kita dengan syaitan atau lemas dengan nafsu
yang merajai fikiran.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bulan rejab, sya'ban, dan ramadhan datang dengan keistimewaannya
tersendiri. Semua telah maklum. Namun betapa hebatnya keistimewaan ramadhan
tidak perlu disangkal lagi.
Seperti sabda nabi yang bermaksud "Awalnya rahmah, tengah-tengahnya
maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka" (Hadis
dhaif,berstatus munkar bahkan dihukum matruk
tapi ada juga yang mengatakan soheh).
Terlalu banyak untuk disebutkan didalam artikel yang kecil ini. Cukuplah
kita mengetahui bulan ramadhan datang untuk membersihkan hati dari dosa-dosa
yang kita lakukan di bulan lainnya. Pintu taubat dibuka seluas-seluasnya.
Dan sebagai manusia, tidaklah kita terlepas dari melakukan kesalahan.
Sudah sesama manusia banyak silap apatah lagi dengan Allah S.W.T.
Begitulah resepi hidup, bahannya lebih banyak dosa dari pahala. Sebagai
hamba yang mengaku beriman, diri kita tak akan terkecuali dari diikat dosa cuma
perlulah dileraikan dosa dengan taubat. Dosa itu ibarat pokok yang semakin hari
semakin menumbuh, semakin membesar di dalam hati. Sekiranya tidak ditebas dari
awal maka akan susahlah untuk ditebas kemudian hari. Cara menebasnya adalah
dengan taubat, jangan sekadar tahu buat sahaja, taubatnya tidak.
Eloklah dengan kedatangan ramadhan ini kita hiaskan dengan taubat-taubat
terhadap dosa yang dilakukan.
• Apa hebatnya taubat dibulan ramadhan?
Hebatnya adalah kita ditemani oleh puasa. Sepertimana yang diketahui
puasa adalah cara untuk menundukkan nafsu. Nafsu tidak akan kalah dengan
mana-mana lawan sekalipun melainkan dengan perut kosong.
Elok sangatlah taubat tadi disertakan puasa, dicampur perasaan yang
sudah ingin berubah dengan nafsu yang sudah kalah. Lagi mudah urusan taubat.
Tapi bukannya bulan ramadhan dijadikan tempat bertaubat, bulan lain pula
dijadikan lembah bermaksiat seperti yang kita lakukan selama bertahun-tahun
sebelum ini.
Inilah salahnya kita hanya sekolah di bulan ramadhan, bulan lain terus
cuti berpanjangan. Tidak salah mengertikan ramadhan sebagai sekolah kerana
bermaksud bulan untuk mendidik.
Salahnya apabila kita menganggap ramadhan sebagai sekolah. Inilah
mentaliti rakyat malaysia. Selepas lulus ujian sekolah terus buang
kertas-kertas peperiksaan, terus gudangkan(simpan dalam stor) buku-buku teks
sekolah. Ini yang salah.
Kita tidak sedar bukan ramadhan sekolah yang sebenar, sebaliknya dunia
inilah sekolah sebenar-benar. Ramadhan hanyalah bilik darjah.
Selalu difahamkan sekolah itu sebagai penjara. Ya, "Memang sekolah
dunia adalah penjara bagi orang beriman". Manakala "Universiti dunia
pula adalah ladang untuk kita bercucuk tanam".
" ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺳﺠﻦ ﺍﻟﻤﺆﻣﻨﻴﻦ "
Di bulan ini juga adalah untuk menguji seteguh mana iman kita. Selama
ini kita dikelilingi syaitan. Dan kita katakan bahawa syaitanlah yang mendorong
kita bermaksiat. Walhal sebaliknya, di bulan ini marilah kita menguji sama ada
perlukah syaitan memukau kita atau syaitan hanya mengatakan bahawa "Aku
tidak perlu membisik ditelinganya kerana dia juga syaitan seperti aku"
• Bagaimana untuk menguji?
Tidak terlalu susah. Sebelom ini, sebelum syaitan dibelenggu kita
bermaksiat. Dan sekarang semasa syaitan dibelenggu pun kita masih bermaksiat.
Maknanya kita bermaksiat bukan disebabkan tipu daya syaitan tapi kita kalah
pada nafsu sendiri.
Kuatkan iman tundukkan nafsu. Lazimkan diri dengan berdoa kepada Allah
supaya dijauhkan dari kejahatan nafsu dan buruk perangai. Disamping itu sentiasalah
minta berlindung dari tipu daya syaitan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Penutup
Tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan singgah. Singgahnya cuma
sebentar manfaatnya amat banyak. Oleh itu, pusatkan ibadah dan taubah di bulan
ramadhan, mudah-mudahan kesungguhan kita membekaskan ikhlas didalam jiwa.
Seterusnya mendorong kita untuk terus istiqamah di bulan-bulan yang lain.
Insyallah.