gambar hiasan |
ayah yang mewariskan semua ini pada aku??bagaimanakah??bukankah,,,
gambar hiasan |
......iman tak dapat diwarisi.....
....dari seorang ayah yang bertaqwa....RAIHAN - iman mutiara
itu mungkin dalam skop iman..yang aku bicarakan dalam skop sifat atau
perangai..
terasa terkilan dipuji sahabat pada malam itu.."dengan kamu je lah
tempat aku mengadu masalah,tempat aku tumpang mengaduh sakit"..sahabat
yang betul2 aku sayang puji aku..wahhh aku xdapat menggambarkan
nya..seolah-olah kecantikan seorang
isteri dipuji oleh suaminya..mula lah terseret-seret pipi kerana malu..gembira
pun ada..bangga pun ada..namun wahai diri ingatlah,bahawa pada hkikatnya pujian
itu tidak layak dituju kepada mu walhal pujian itu hanya layak disandarkan
kepada Allah taala..kerana Allah lah pemilik segala pujian itu..qadim puji
qadim,qadim puji hadis,hadis puji hadis,hadis puji qadim..al haqnya milik qadim
lah semua itu..Allahu akbar
terima kasih sahabat,bukan diatas pujian itu tapi diatas penghargaan
kamu..walaupun aku tak pernah meminta untuk dihargai dan aku tak pernah meminta
untuk dipuji,sekiranya engkau puji engkau hargai maka itu dibarat sesuatu yang
amat bernilai buat aku sahabat..sekurang-kurangnya kau dapat merasai kehadiran
aku disisi..aku hadir untuk menyerikan lagi kehidupan yang tengah engkau
miliki..aku ingin berpimpingan tangan bersamamu menuju ke syurga yang kekal
abadi..walaupun pada pandangan sesetengah orang ia seolah-olah sesuatu yang
jijik..bersahabat kerana Allah itu jijik??berpimpingan tangan dengan perempuan
bukan mahram pula elok,baik??ceteknya pemikiran kamu ,bodohnya akal kamu..
benarlah barat , benar-benar telah
mempengaruhi cara pemikiran mu wahai sekalian saudara-saudaraku..pemikiran kita
telah diracuni oleh nilai-nilai bukan islam..nilai-nilai yang jauh terpesong
dari ugama..ke mana perginya nilai-nilai yang suci itu kita kuburkan?kenapa
membiarkan ia menjadi debu-debu tanah yang tidak berharga
nilai??sedih..bagaimana sekiranya kekasih kita muhammad berada bersama kita
sekarang ini??melihat ummatnya meletakkan ajaran yang dibawanya di
pinggiran??al-quran berbilion-bilion dicetak tapi hanya dijadikan sebagai
hiasan??sejadah berlonggok-longgok dikilang sedangkan hanya dibiarkan lusuh di lantai
tanpa ada orang bersujud diatasnya??mengapa kita tidak merenung sejarah silam
di zaman kegemilangan islam??walaupun beberapa butir sahaja al-quran di
mashafkan ia tetap dijadikan pegangan??wlaupun bersujud dilantai pasir mereka
tetap gagah berjuang??maka tidak hairanlah sekiranya pernah nabi mengatakan
bahawa ummat islam di akhir zaman ibarat buih-buih dilautan..
gambar hiasan |
mereka ramai tapi
iman mereka rapuh..tidak berharga barang berkuantiti banyak andai sedikit
kualitinya..apa benar kita mengaku beragama islam sedangkan tiada sedikit pun
sumbangan??diibaratkan mengaku sayangkan kedua ibubapa sedangkan sedikit pun
tiada balas jasa..itu masih ditoleransi lagi,jika tidak membalas jasa + durhaka
pula harus bagaimana??apa nama ini anak??si tanggang??masing-masing jawablah
dalam hati..terus ubah sekadar kemampuan..
sahabat,ketika kau dalam gembira kau pernah tak menghiraukan aku..pernah
aku menyelit untuk berbual bersama,sedikit bicara pun kau tak palingkan untuk
aku..tak mengapa sahabat,aku ikhlas denganmu..biar lah sekadar aku melihat
gerakkan bibir mu dari celahan pintu tempat aku menyorot sekujur badan kerana aku tidak mahu meganggu keceriaan mu
pada hari-hari itu..aku takut,kehadiran aku menjadi onak dalam bicaramu..mahuku
hanyalah gembira mu sahabat..gunakanlah kegembiraan mu sebaik-baiknya sahabat..jangan
sampai nikmatnya ditarik..
untuk pengetahuan kau,aku tak sanggup melihat kau bersedih..hati aku turut merasakan kesedihan itu..aku sanggup menukarkan kegembiraan ku pada mu agar kamu sentiasa ceria di sepanjang hari-harimu..dan aku rela berdukacita sekiranya itu yang menjadi kegembiraan mu..
untuk pengetahuan kau,aku tak sanggup melihat kau bersedih..hati aku turut merasakan kesedihan itu..aku sanggup menukarkan kegembiraan ku pada mu agar kamu sentiasa ceria di sepanjang hari-harimu..dan aku rela berdukacita sekiranya itu yang menjadi kegembiraan mu..
disini sahabat,aku ingin luahkan..mungkin dimata mu aku adalah seorang yang
tiada masalah,yang mempunyai seribu ketenangan..hakikatnya aku menangis
sendirian..menahan seribu kesakitan,menelan seribu kepahitan..segala seribu ku
punya sahabat..tapi Alhamdulillah sahabat,segala yang seribu itu dapat dihapus
dengan Allah yang maha satu yang maha esa dalam hati ini..sungguh lah Allah itu
sumber segala kekuatan..dekatkan lah diri dengan Allah..Dia maha Mengetahui
segala-galanya..tidak kira zahir atau tersembunyi..tidak kira kecil atau besar,berat
mahupun yang ringan semuanya didalam gengaman takdirNya..jangan lah
mencampurkan keikhlasan kerana Allah dengan sesuatu yang tak diredhaiNya..insyallah
selamat dunia akhirat..
gambar hiasan |
jaga amal jaga hati jaga iman jaga pandangan
jaga amal jaga hati jaga iman jaga aurat
jauhilah ikthilat..insyallah kebahagiaan menanti kita..
---sedikit cerita tadi yang tak jelas apa ceritanya hanyalah rekaan semata-mata,tiada
bersangkut-paut dengan yang masih hidup atau sudah mati..ambillah pengajaran
daripadanya..kerana pengajaran bukanlah rekaan..ianya untuk dibuat pedoman..ia
menghidupkan hati-hati yang mati..
sekian,untuk aku dan engkau--