Muqaddimah:
Assalamualaikum salam sejahtera..
Dikesempatan kali ini,saya ingin
menulis serba sedikit tentang pelajaran ilmu Nahu yang mana ianya adalah satu
ilmu yang semakin hari semakin tidak digemari oleh kebanyakkan pelajar masa
kini.Terutamanya bagi golongan pelajar islam sendiri.Tulisan ini adalah
bersumberkan dari sebuah kitab yang agak masyhur di zaman iT dan teknologi ini
iaitu kitab "kutufun minal 'arbiah" yang dikarang oleh Dr. Ahmad
Salim Al-hamsi.Sebelum perkara ini dibahaskan secara panjang lebar,eloklah kita
mendengar sedikit peringatan atau teguran,bukan teguran yang ingin menjatuhkan
akan tetapi teguran yang membina.
Sedikit peringatan penting buat
pelajar dalam qaedah i'rab:
Terdapat pelbagai sebab yang
menyebabkan pelajar sukar untuk mengi'rab sesuatu kalimah.Namun disini bukan
bidangnya untuk menceritakan semua itu.Saya tidaklah menganggap bahawa i'rab
ini senang kerana ianya satu ilmu yang mencakupi pelbagai ilmu.Bersebabkan itu
jugalah ulama telah menamakan ilmu Nahu sebagai ilmu i'rab kerana i'rab itu
adalah asas(tunjang) bagi ilmu Nahu.
Tidak ragu-ragulah bahawa bagi
setiap ilmu itu ada kesusahannya.Disana terdapat ramai pelajar yang
bersibuk-sibuk dengan ilmu sains,ilmu kimia,ilmu fizik dan lain-lain lagi.Maka
disini mengapakah pelajar menganggap mudah akan ilmu i'rab ini walhal ia adalah
satu ilmu seperti ilmu-ilmu yang lain juga.Telah maklum bahawa pelajar
mengambil sikap sambil lewa tentang ilmu ini khususnya bagi pelajar bahasa arab
dan bagi orang arab sendiri.Disini tidaklah saya ingin mencela pelajar jurusan
lain apatah lagi terhadap orang arab.Sebagai pengetahuan,bagi sebilangan
pelajar yang mempelajari bahasa arab ini mereka tidak berapa menghiraukan
tentang kaedah ilmu bahasa arab kerana mereka beranggapan ia amat sukar untuk
dipelajari dan difahami.Pada pendapat mereka,lebih baik mempelajari ilmu usul
fiqh,usul tafsir,usuluddin dan lain-lain lagi dari khazanah ilmu daripada
mereka memeningkan kepala mereka untuk belajar kaedah bahasa arab.Tanpa mereka
sedari, bagaimana mungkin mereka akan memahami ilmu tersebut sekiranya mereka
tidak mempelajari ilmu kaedah.Silap-silap mereka akan terpesong dari memahami
makna sebenar yang dimaksudkan oleh ulama'-ulama' dahulu kala.
Bagi kaum arab pula,mereka
menganggap ilmu ini adalah ilmu yang menggunakan bahasa nenek moyang mereka
maka mereka tidak perlu bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya dan memahaminya
bahkan mereka lebih rela bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu yang
lain.Mereka beri'tikad bahawa zaman ini adalah zaman perkembangan ilmu.Pada
pandangan mereka belajar ilmu i'rab ini sudah tidak penting lagi atau agak
ketinggalan zaman.bersebabkan ini jugalah mereka lupa atau buat-buat lupa
bahawa ilmu i'rab(Nahu) adalah bapa bagi sekalian ilmu juga menjadi alat atau
menjadi wasilah untuk memahami sesuatu ilmu tersebut.Jika tidak bagaimana
mungkin mereka ingin mentadabbur Al-Quran dan bagaimana mereka ingin membaca
kitab-kitab turath(lama) yang menjadi asas penting dalam perkembangan
kebudayaan dan kesusasteraan ilmu di masa kini?dan kenapakah pelajar lebih
gemar beramal untuk dunia mereka dan meninggalkan urusan akhirat?Adakah mereka
tidak pernah mendengar tentang hadis Nabi yang menggesa ummat islam untuk
menyintai orang arab dan bahasa arab kerana nabi itu adalah orang arab,Al-quran
juga diturunkan dalam bahasa arab dan bahasa arab itu adalah percakapan ahli
syurga?di dalam hadis lain Nabi menggesa supaya mendalami ilmu agama
sedalam-dalamnya supaya dapat menghindari perkara yang diharamkan dan supaya
dapat menambah dalam beramal soleh?
Akhir sekali didalam coretan
saya,saya menasihati bagi pelajar yang tidak pernah mempelajari ilmu Nahu
seeloknya bagi mereka pelajarilah dahulu tentang ilmu Nahu kerana di dalam
tulisan saya ini,saya hanya menekankan kepada kaedah i'rab sahaja bukan lah
untuk menerankan tentang ilmu Nahu secara terperinci. Sebelum mengakhiri
kalam,saya fikir sayugialah saya memohon teguran sekiranya terdapat kesalahan
yang disengajakan atau yang tidak disengajakan sepanjang penulisan ini dan
harapan saya semoga kita semua mendapat manfaat dari hasil usaha tulisan yang
kecil ini.Ape yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang buruk itu
saya bangsakan kepada kekurangan diri saya sendiri.Wallahu A'lam.
<jangan lupa ikuti entri yang akan datang>