Selasa, 30 Oktober 2012

Raya si perantau



Assalamualikum w.r.b
  Tajuk bicaraku pada kali ini ialah berkisar sekitar "raya di perantauan"..Peribahasa melayu ada mengatakan bahawa "daripada berhujan emas di negeri orang,lebih baik berhujan batu di negeri sendiri"..peribahasa ini menggambarkan bahawa kehidupan di tanah air lebih indah daripada kehidupan di tanah asing walaupun kehidupan di tanah sendiri tidaklah senang seperti beradanya ditanah asing,walaupun susah sentiasa dihujani dengan masalah dan musibah..peribahasa ini amat berkait rapat dengan kisah kehidupanku dan sahabat seperjuanganku di negara Jordan,bumi para anbia' ini..namun disini,tidaklah aku ingin membahaskan secara panjang lebar tentang sejarah kehidupanku di bumi jordan yang penuh dengan liku2 kehidupan tetapi apa yang ingin bicarakan disini ialah berkenaan suasana sambutan hari raya korban yang sekian sahaja disambut oleh anak-anak watan malaysia di hamparan bumi mafraq,jordan baru-baru ini..

  Sekilas pandang,ianya tidaklah terlalu memilukan sepertimana yang tergambar dari sudut pembacaan tetapi bagi kami orang yang melaluinya amat berlainan,setiap detik dapat merasai betapa rindunya pada kampung halaman..setiap kali nafas kami dihembuskan,setiap kali jantung kami berdegupan sambil diiringi cairan darah yang mengalir dari tubuh haiwan yang kami tumbangkan di situ terletaknya rindu pada kampung halaman..tidak terlepas juga dari cengkaman rindu kepada kedua ibubapa,sanak saudara dan sahabat handai disana..semakin kuat kapak digengam semakin kuat rindu mencengkam..'segala kenangan yang dipupuk ketika bersama akanku bawa di ufuk perantauan'..
  Selesai sudah bermaddah pujangga tiba masanya untukku memulakan cerita..cerita xlah sehebat mana tapi boleh lah dijadikan tatapan bersama,andai kata ceritaku xseberapa harap boleh diterima seadanya..
  Alkisahnya bermula,pada tanggal 26 oktober 2012 bersamaan 10 zulhijjah 1433 hijriah adalah hari yang xkan ku lupakan buat selama-lamanya dalam hidupku..ketika itu jam baru sahaja menunjukkan pkul 4.30 pagi tapi hiruk pikuk kedengaran suara mahasisswa yang kelam kabut hendak menyerang kamar mandi...sangkaku mereka nak bertahajjud kerana kebiasaannya waktu begini adalah waktu untuk bangun bertahajjud..aku pun meneruskan pekerjaan yang belum aku sempurnakan tadi (tidow),biasalah aku memang agak liat sedikit untuk bertahajjud tambahan pula rakan sebilikku dari kelmarin lagi belum pulang katanya ingin bermalam di balad..tiba-tiba ku terdengar pintu bilikku diketuk dan namaku dipanggil, "yie bangun yie..(nama pangilan manja)" dari arah luar..sekaligus memutuskan aku dari lamunanku..tanpa ku sedari tombol pintuku terbuka dengan sendirinya seolah-olah tidak terkunci rupa-rupanya memang benarlah ianya tidak terkunci dari semalam..tesergam indah lah seorang pemuda dalam lingkungan 20-an di muka pintu itu.."Oh syahid,ade ape ni..??"tanyaku...syahid ni salah seorang sahabat aku sejak dari bangku sekolah menengah lagi dan sehingga sekarang kami masih rapat..kami tinggal dalam bilik berasingan namun persahabatan kami masih akrab..banyak liku-liku kehidupan telah kami tempuh..pendek kata,pelbagai kenangan dan pengalaman telah kami bina bersama..oh indahnya persahabatan,biar sampai syurga pintaku..bertemu kerana Allah,berkasih sayang kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah..-eh dah panjang lebar ni terkeluar pulak dari skrip asal,don't worry be happy ^_6..tapi rakan sebilikku dah membebel ni.."panje2 sapo nok baco,dale blog ni ore tulis pendek2 jah"membebel je kerjanya musa nuwairy..tapi takper kite sambung sikit lagi-..
  "weh keri cepat-cepat siap orang nak gi sambut hari raye kat bait PRISMA blake ea"..tersentak aku,patutlah ramai sangat yang serang bilik mandi sebenarnya ada ageda lain..tanpa berbicara panjang,ku sambar tuala dan penggosok gigi terus ke kamar mandi (tapi xmandi pown)..seselesainya,lantas aku memakai baju sepasang yang berwarna ungu yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat sewaktu ketika dahulu.."yie ambik r baju tu dah dua tahun aku xpakai"kata hafizuddin syamsul bahri..baju inilah yang aku pakai semasa perayaan aidil fitri baru-baru ini dan aku pakai semula untuk menyambut aidil adha..sudah menjadi kebiasaan buat diriku kadang-kadang sampai tiga tahun aku memakai baju raya yang sama..bukan kerana memilih tetapi kerana kesempitan hidup..duit yang aku mengimamkan terawih telah ku simpan separuhnya sebagai bekal untuk menyambung pelajaran dan separuh lagi telah ku hadiahkan kepada orang tuaku sebagai penghargaan terhadap penerimaan mereka kepadaku walaupun sudah banyak muka mereka terconteng arang keranaku..aku tahu duit itu bukan bayaran terhadap apa yang berlaku namun apa lagi yang harus aku lakukan sebagai bayarannya??..biarlah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..kehidupan keluargaku memang teramat susah,smua abang dan kakakku xberpelajaran yang paling berpelajaran pun hanya setakat darjah tiga..keluargaku hidup sebatang kara tanpa hak milik tanah rumah dan kehidupan yang sendiri semuanya sewa..namun aku tak pernah menyesal hidup dalam keluarga ini..keluarga ini banyak mengajarku apa itu ERTI KEHIDUPAN..kesenangan memenglah bukan segala-galanya tapi bagi insan yang sepertiku ini bagaimana?..renungkanlah..(emosional)aku berharap semoga suatu hari nanti aku dapat merubah kehidupan keluarga aku..Insyallah
  Tepat jam 6 pagi kami bertolak ke masjid yang berhampiran dengan bayt PRISMA dengan menaiki sebuah kenderaan yang tidak asing lagi bagi kami sebagai pelajar universiti di Jordan ini iaitu Coaster..One minute jangan disalah ertikan dengan Roller Coaster pulak,nanya hampa semua kan..hahahaha(ikut loghat Kedah ler)..kenderaan ini seakan-akan bas dari segi tempat duduknya(seat),rupa bentuknya,kondaktornya,pendek kata semuanya hampir sama dengan bas..apa yang menjadi perbezaan hanyalah saiznya sahaja yang mana saiznya agak lebih kecil  dari bas yang biasa kita lihat di Malaysia..Setelah 20 minit sampailah kami di masjid yang dimaksudkan..
اللهم افتح لي أبواب رحمتك
   Doa yang selalu dilafazkan sebelum masuk masjid..aku tersenyum sendirian"yie baca doa dulu pas 2 masuk la dengan kaki kanan"itulah lagak Fi Sabilillah(nama orang) dan Zaidul Khoir ketika aku mula menjejak kaki ke skolah pondok dahulu..pada tahun 2005 lebih kurang r..sewaktu itu aku memang teramat jahil dengan ilmu agama maklumlah membesar bersama kakak kan..kakak kandung kan, tambahan pula aku ni adik bongsu ape lagi korang faham-faham jelah tak kan la korang tak de adik bongsu  kot..dua orang sahabatku itu tak pernah ku terdengar cerita tentang mereka selepas mereka mengambil keputusan untuk berhenti sekolah..Fi Sabilillah berhenti semasa kami masuk i'dadi dua dan Zaidul Khoir pula berhenti semasa kami i'dadi tiga.."kenangan-kenangan kenapalah kau asyik mengusik kalbuku..kau tahu kan aku ni pantang dengan kau wahai kenangan..ni buat aku sedih ea"renget ku sendirian..Ya ALLAH pertemukanlah kami kembali..pertemukanlah aku dengan dua orang insan ini..mereka berdua selalu mendorongku ke arah kebaikkan tak pernah sedikit pun keluar dari mulut mereka ajakan yang mempersia-siakan walaupun ketika itu mereka hanyalah budak hingusan..Ya ALLAH mulianya hati mereka..kurniakan lah kepadaku sekali lagi sahabat-sahabat seperti mereka berdua agar langkah ku tak tersasar sepertimana ketika aku bersama mereka dahulu..ALLAHU RABBI..WA RABBUL IZZATI
   sementara menunggu sembahyang raya,kami semua memenuhi masa yang ada dengan melaungkan takbir raya..fuh sedap giler speaker kat masjid 2 aku rasa kalau suara aku yang tak sedap ni pun yang bertakbir boleh jadi sedap dengan adanya speaker tu..hehe..tapi kenapa aku rasa kosong je hati aku rasa kosong,aku rasa aku berseorangan,kenapa..?kenapa..?mata aku pun mengintai-ngintai mencari seseorang.."oh dah jumpa pun,jauhnya diorang duduk..syahid,taufiq,musa,hasyim,khairul semuanya duk kat ruang belakang..hurm takpe2 aku duduk sorang-sorang takpe kat depan ni lagipun ramai lagi orang lain ni,orang lain takde ape-ape pun steady je aku tengok diorang buat slamber dek jer.."aku cuba untuk memujuk diriku sendiri..sedang asyik aku mengelamun,ada orang mencuit aku dari belakang sambil menyuruh aku bangun untuk bersembahyang..punyalah sedap aku mengelamun sampaikan tak sedarkan diri..dah kritikal penyakit aku ni..sembahyang kami di imamkan oleh abang senior yang bernama '........' entahlah aku pun tak tahu nama dia..yang aku tahu ustaz Nihad yang berkhutbah selepas itu..
   Ustaz Nihad ialah presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Albayt Jordan atau lebih  ma'ruf dengan (PRISMA)..mesti korang nak tahu apa itu PRISMA kan?insyallah akan ku bahaskan serba sedikit tentang PRISMA ini..
   Prisma ditubuhkan pada  tahun 1994..tahun tersebut adalah merupakan tahun pertama bagi anak watan Malaysia menjejakkan kaki dan melebarkan sayap mereka ke bumi Mafraq..mereka lah manusia pertama yang melabuhkan bahtera di lautan padang pasir yang penuh dengan debu-debuan ini..Mereka merupakan pelajar di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Yayasan Pahang. Mereka ditempatkan di sebuah universiti yang baru dibuka iaitu Al al-Bayt. Ketika itu, keadaan para pelajar agak tertekan akibat suasana universiti yang membosankan dengan kekalutan sistem pentadbiran tahun pertama universiti.  Rentetan daripada itu, semua pelajar telah membuat satu memorandum agar mereka dipindahkan. Empat orang wakil setiap tajaan menyampaikan memorandum ke Malaysia. Mereka ialah Suhaimi Sudin (KPM), Mahmood Kassim (KPM), Fakhrunnizam Ishak (JPA) dan Zulkarnain Ahmad (Yayasan Pahang). Pada 19 Disember 1994 Dato Amar Sulaiman Daud, Menteri Pendidikan pada ketika itu merupakan wakil kerajaan Malaysia yang dihantar bagi meninjau sendiri keadaan sebenar Al al-Bayt yang akhirnya membawa keputusan yang mengecewakan. Memorandum mereka gagal. Akhirnya pelajar terpaksa akur untuk meneruskan pembelajaran di Al al-Bayt.  Setelah Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan (PMMJ) terkubur, pelajar memikirkan perlu untuk mereka bersatu di bawah satu kesatuan. Lalu terbitlah idea untuk menubuhkan persatuan universiti bagi menjaga kebajikan mereka khususnya di Mafraq. Satu jawatankuasa Penaja Persatuan dibentuk dan pada 23 Februari 1995 pilihanraya pertama diadakan untuk memilih barisan kepimpinan. Pada 25 Februari 1995 keputusan pilihanraya diumumkan dan tercatatlah sejarah Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt (PRISMA) yang ditubuhkan secara rasmi.  PRISMA adalah ringkasan daripada Persatuan Mahasiswa Malaysia Al alBayt dan dalam bahasa Inggerisnya ialah Malaysian Al alBayt Student Association (MASA). Ia telah ditubuhkan pada hari Sabtu, 25 Februari 1995M bersamaan 25 Ramadhan 1415H. Saudara Wan Rumaizi Wan Ismail dari takhasus Bahasa dan Kesusasteraaan telah memenangi kerusi Presiden yang dipertandingkan pada ketika itu. Beliau telah memegang tampuk kepimpinan selama dua tahun sebelum beralih kepada presiden berikutnya pada tahun 1997.  PRISMA ditubuhkan untuk memelihara hal ehwal kebajikan penuntut Malaysia di Universiti Al al-Bayt Jordan di samping memelihara hal ehwal akademik mereka. PRISMA juga menjadi agen penyatuan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sini dan menjadi wasilah antara mereka dan persatuan-persatuan lain yang ada di bumi Jordan.  Pada waktu ini PRISMA ditadbir oleh enam orang siswa dan lima orang siswi sebagai Ahli Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Presiden dan mereka dipilih melalui pilihanraya yang diadakan setiap tahun. Persatuan ini dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia ke Jordan, dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) sebagai penasihat kehormatnya. PRISMA adalah persatuan mahasiswa yang pertama ditubuhkan dan terus kekal dalam usaha mencapai objektif penubuhannya sehinggalah ke hari ini." maaf aku copy page je ni jangan marah yep awok-awok PRISMA..malas nak taip sendiri.."
   setelah kami selesai sembahyang kami dihidangkan dengan kuih-muih..memang tiada keenakan di dalam meratahinya..semuanya kuih arab tak ada yang melayu punya so memang tak sedap..sejurus itu,kami berangkat pula ke bayt PRISMA untuk meneruskan acara sambutan hari raya..pada waktu pagi kami semuanya bersibuk-sibuk dengan acara penyembelihan kambing dan lembu,kambing sebanyak 50 ekor & lembu sebanyak 4 ekor semuanya akan diberikan kepada kem pelarian Syria di Jordan..walau seorang pun tak ketinggalan dengan acara ini..yang paling bersungguh sekali dalam acara ini ialah syahid dan syahid ni memang terer giler r dalam bab bermain kambing..tengok muka pun dah tahu muka kambing..(mampois aku kalau tuannya tahu..huhuhu)menjelang tengah hari,putera 1Malaysia dan rombongannya hadir di perkarangan rumah PRISMA sepertimana yang telah dijanjikan..pada waktu petang pula kami pulang ke sakan masing-masing..begitulah sedikit sebanyak tentang kisah raya aku yang pertama kalinya di perantauan walaupun tak perfect(hajatnya nak panjangkan lagi tapi ade orang membebel)..banyak pengalaman baru yang aku dapat seperti melapah kulit kambing,cara untuk mengasah pisau,cara menyembelih binatang dan yang paling penting kerjasama diantara anak watan malaysia..ku sudahi warkah yang serba kekurangan ini dengan kullu am wa antum bikhoir..
catatan perantau hina: doktorcinta

Tiada ulasan: