-doktor cinta
kembali bersuara-
assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua..
kali ini saya
akan membangsakan diri saya sebagai doktor cinta..jangan marah dan jangan jelous
ya..!
maaf kerana doktor cinta telah lama menyepi
dan kini kembali bersuara..dan maaf juga kerana dulu pernah sekali dalam entri
doktor yang lama ada mengatakan doktor akan mengongsikan sedikit teknik-teknik
dalam mengi'rab kalimah tetapi ianya tidak terlaksana dan tergendala..Insyallah
dengan izin Allah doktor akan meneruskan penulisan itu..buat masa sekarang
doktor amat sibuk dengan pelajaran dan jadual kerja harian doktor..
buat para pembaca blog doktor yang serba
kekurangan ini,,
---..para..?2,3 orang je yang follow macam
mana tu doktor?..bagi doktor itu perkara biasa
^_^ ..---
jangan risau
sekiranya ada sesuatu yang ingin diluahkan atau ada sesuatu yang tidak enak di
hati silalah luahkan melalui akaun FB doktor yang semakin famous ni https://www.facebook.com/annuar.ramli
..hakhakhak..astaghfirullahalazim..nampaknya kali ini doktor terlalu nerves
untuk menulis sampai ketawa terbahak-bahak..
CINTA..
salah satu perkara
atau topik yang amat digila-gilakan oleh remaja yang sedang meningkat dewasa
sekarang ini..sebagai manusia dan juga remaja,doktor juga tidak terlepas dari
semua itu..namun disana kita perlulah menghadkan kisah cinta kita ini mengikut
apa yang digaris pandukan oleh islam ugama yang diredhai oleh Pencipta..
islam tidak lah
melarang atau menghapuskan perkataan cinta itu..namun,perlulah di ingatkan
cinta bagaimana yang dilarang dan diterima..cinta Allah dan Rasul..cinta pada
IbuBapa..cinta akan sanak-saudara..semua ini tidak ada syak dan tidak ada
keraguan lagi bahawa patut,malah wajib ada di dalam hati kita sebagai umat
islam yang berpegang teguh dengan ajarannya..islam itu memandu arah bukan menghapuskan..
bagaimana pula
dengan cinta lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim?adakah ianya dilarang
atau diterima?Insyallah inilah yang akan menjadi topik tulisan doktor pada kali
ini..dengan tegas doktor katakan bercinta sebelum nikah itu haram dan
sepastinya bercinta selepas nikah itu halal..berat didengar oleh remaja yang
sedang hangat bercinta sekiranya masih ada setitis iman didalam dada..ada juga
dikalangan umat islam hari ini sudah tidak mengendahkan hukum halal dan haram
dek kerana ceteknya pengetahuan tentang ugama sehinggakan mereka sanggup
menggadai agama kerana cinta..itulah realiti cinta dizaman sekarang..apabila
barat menjadi sanjungan dan agama menjadi bahan sampingan..sedih kehidupan
diakhir zaman..fitnah menjadi biasa,maksiat pula ada dimana-mana..
doktor tidak ingin
mengeluarkan dalil-dalil al-quran dan hadis di sini..apatah lagi pendapat ulama
tentang bercinta atau bercouple..doktor cuma ingin mengeluarkan beberapa
pesanan dan cara untuk mengislahkan pasangan sedang hangat bercinta (kononnya
dunia ini seolah-olah mereka yang punya) supaya kembali kepada Quran dan
Sunnah..
sebenarnya
doktor tidaklah menolak seratus peratus tentang cinta dan bercinta..doktor
sokong kamu semua bercinta,sekiranya cinta kamu itu betul menurut
kaedah..maksud doktor di sini bukan nak
menggalakkan kamu semua bercouple-couple atau duk berzina hati..bercinta lah
dengan cara yg betul dengan cara yang diredhai Allah..mungkin kamu semua akan
bertanya bagaimana cara bercinta yang betul?senang sahaja jawapannya..masuk
merisik,sekiranya diterima terus bertunang dan jangan jarakkan tempoh
pertunangan itu dengan jangka masa yang lama..segerakan untuk
berkahwin..seboleh-bolehnya percepatkan kerana bimbang cinta yang akan halal
itu bercampur dengan unsur-unsur yang haram..
disana juga terdapat manusia yang tidak setuju
dengan istilah cinta dan bercinta
sebelum kahwin..mungkin hujah mereka tentang perkara ialah mane mungkin
babi yang haram boleh disucikan dengan samak..
-keluar dari
tajuk sekejap..perkataan samak yang digunakan oleh masyarakat melayu kita
berkenaaan najisnya anjing dan babi ini adalah salah pada hakikatnya..asal
samak itu ialah membasuh kulit bangkai
dengan kapur atau tahi burung merpati supaya menjadi suci dan boleh digunakan
sebagai pakaiaan....itu makna samak -manakala membasuh bekas jilatan
anjing atau bersentuhan dengan babi itu
dengan air yang bersih sebanyak tujuh kali diakhiri dengan satu basuhan air tanah
tidak dinamakan samak..ini dinamakan sebagai cara menyucikan diri dari najis
anjing dan babi..tetapi tidak lah menjadi salah sekiranya uruf masyarakat
Malaysia sudah glamour panggilannya dengan samak..-
berbalik pada
perbicaraan tadi..yang haram itu tetap haram..
sekiranya kamu sudah
terlanjur brcinta(maksud doktor bukan terlanjur seperti brzina,sekiranya dah
terlanjur begini bertaubat lah) kamu cuba la bercinta dengan cara yang elok..kamu
cuba ubah cara kamu bercinta..kamu bagitahu kepada pasangan kamu elok-elok
supaya kembali semula ke jalan yang lurus..jadikan islam itu sebagai cara hidup..Insya
Allah dengan izin Allah mereka akan
faham..yang penting niat ikhlas untuk kembali
ke jalan Allah..
ingat!! tegahan
keras dari doktor..sebaik-baiknya kamu semua tidak perlu bercouple sebab akan
merosakkan hati kamu sahaja..-biar kamu pasti dahulu tanah itu adalah hak milik
kamu,selepas itu sekiranya kamu ingin bercucuk tanam atau ingin mendirikan
rumah di situ maka teruskanlah-jangan jadi seperti orang tua selepas merdeka dulu,apabila bertemu
tanah kosong terus label sebagai hak
miliknya..lebih malang apabila mereka sudah bercucuk tanam dan telah mendirikan
rumah disana akhirnya kerajaan rampas semula tanah itu,sekali dengan rumah..tidakkah
kamu akan merasa sangat perit ketika itu?
akhir sekali
tanam lah di dalam hati kamu bahawa " bukan semua org hok kite cnte kite akn
kawin ngn dye,tpi org hok kite kawin ngn dye 2 sudah pasti kite akan mncintai
dye.."loghat teganu..maaf sekiranya tersalah pandang,ini hanyalah pendapat
doktor tentang cinta..sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja Yang
Maha Mengetahui..
masih tidak faham tentang cinta?berhubunglah dengan doktor
melalui talian facebook diatas..Insya Allah khair..
berikutnya doktor akan membentangkan sebuah kisah cinta yang
bertajuk "kenapa wanita cantik memilih
lelaki serba kekurangan sebagai suami" ..
..untuk suka-suka ajer..